Jumaat, 19 Jun 2020

sebuah kisah

" kita ni kalau jadi kerajaan nanti............."

Terngiang-ngiang suara Sheikh Rodi Abdul Rahman ( nama ayah sama, tapi kami bukan adik beradik noo..) Ketua Dewan Ulama PAS Kedah ketika kami dalam perjalanan pulang dari bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang di KL.

Kami berempat, YB Wan Romani Wan Salim ADUN Bukit Pinang, Sheikh Rodi dan Ustaz Nurul Amin Ketua Pemuda PAS Kedah. 

Kita ni yang mengikut arahan sahaja untuk menjadi driver kepada pimpinan ini bertemu dengan Tuan Guru Presiden PAS di Kuala Lumpur.

Sebenarnya kalau boleh nak tutup telinga ja tak mau dengaq apa yang pimpinan sembang, sebab adakala kita tau benda tu rahsia.

Dalam perjalanan pulang tersebut, rupanya perjumpaan dengan Tuan Guru adalah membicarakan tentang kemenangan kami di Kedah yang bakal menjelma, ( dah jadi kerajaan baru berani nak cerita, hihihihi.. )

Oleh kerana driver budak kecik kan, jadi acah-acah fokus lebih atas jalan, ( ya lah..kerusi driver rapat ke depan, kalau tak buat lagu tu tak sampai pedal minyak nak tekan ), padahal telinga ni dah berat menadah bualan YB Wan dengan Sheikh Rodi.

"Abang Wan, kita ni kalau jadi kerajaan, tang pemuda kita buat macam ni macam ni...., Muslimat pulak kita buat gini dan gini..... Ekonomi pulak kita buat lagu ni dan lagu ni...."

" Tu lah Ustaz Rodi, kalau apa yang kita sembang ni dapat catat boleh kita buat nanti ni, masalahnya idea datang dalam kereta tak dak orang boleh tolong catat."

Kita ni yang selalu mengantuk bawak kereta ni, hilang mengantuk , segar dengar perancangan yang di bincangkan, masyaAllah..sampai tara ni pimpinan kita pikiaq, hebat sungguh terdetik dalam hati.

Dah dekat nak sampai tu, ada budak muda selisih dengan kami tengah bawak moto satu tayar...

" Ni tanggungjawab enta ni kena pikiaq lagu mana untuk depa ni " kata Sheikh Rodi kepada Ustaz Nurul Amin selaku Ketua Pemuda PAS kedah, senyum ku dalam diam😂

Semalam Sheikh Rodi mai rumah Ustaz Salim, berjumpa ja...

"Ustaz... Kita dah jadi kerajaan ni, apa yang sembang dalam kerata tu, sepanjang perjalanan dari KL ke kedah ni boleh dah ustaz nak mula..."

" Enta tau dak, ni sebab PKP ja ni, .. kalau tak lama dah meletup... Apa yang di cadangkan dalam kereta tu dah ana senaraikan, tinggai buka ja PKP ni, insyaAllah terus kita buat"

Dengaq ja Sheikh Rodi kata lagu tu, meremang bulu roma, apalah yang di rancangkan oleh Dewan Ulama PAS Kedah nak buat ni sampai meletup katanya, tak sabar ku menanti..

"insyaAllah ustaz, ana sedia menjadi perakam moment-moment bersejarah buat Kedah tu nanti."

Nanti kan , perancangan apa yang Dewan Ulama telah susun......

sebuah kisah

" kita ni kalau jadi kerajaan nanti............." Terngiang-ngiang suara Sheikh Rodi Abdul Rahman ( nama ayah sama, tapi kami buka...