Isnin, 10 Februari 2020

SEBUAH IKATAN

Sebuah ikatan

Negeri jelapang padi menjadi saksi,
kami di ijab kabul di sini,
Mengikat janji sampai bertemu Ilahi,
Dengan sekali lafaz termetrai lah akur janji.

Lafaz sakinah menjadi bukti,
Cinta yang tersimpan lama dihati,
Air mata gugur di pipi
Kerana gembira dengan kurniaan ini.

Pertemuan yang tak dijangkaui,
Bermula dengan dimarahi,
Lalu ada yang menangisi,
Hati tekat tidak mahu ketemui lagi,
Tapi jodoh itu rahsia Sang Rabbi.

Perancang sangat teliti,
Persedian yang sangat rapi,
Tetapi berlaku diluar fantasi,
Menyedarkan bahawa lemahnya hamba ini.

Ketika sedang menghitung hari,
Terasa lambatnya kitaran matahari,
Pejam celik setiap pagi,
Akhirnya bertemu jua dengan Tok Kadi

Kerana perbelanjaan yang tinggi,
Resah gelisah dalam hati,
Tapi Allah Maha Mengetahui,
DIA lah yang mengcukupkan rezeki,
Tanpa kita ketahui dari mana di perolehi.

Ramai yang berdiri,
Support dari belakang kita ni,
Tak kurang juga ada yang membenci,
Lumrah kehidupan tak semua disukai.

Bila diperhati,
Banyak yang memberi,
Dari yang tidak menyukai,
Syukur ku di dalam hati,
Atas segala yang tertulis ini

Syukur ku pada Ilahi,
Terima kasih ku pada insani,
Moga Allah membalasi,
Semua kebaikan yang diberi.

~Saufi & Baiti

Sabtu
11 Jan 2020
15 Jamadil Awwal 1441
Masjid Kg Telok, Kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sebuah kisah

" kita ni kalau jadi kerajaan nanti............." Terngiang-ngiang suara Sheikh Rodi Abdul Rahman ( nama ayah sama, tapi kami buka...